Monday 31 December 2012

Selamat datang 2013 :D

Assalamualaikum, jawab jangan tak jawab. hehe

   Korang tau kan harini hari ape? Tak tau? Harini hari Isnin lah. haha. gurau je. Harini kan hari terakhir dalam tahun 2012. Hmm, sedih weh nak tinggalkan '2012' ni sebab banyak sangat kenangan (agaknye). Tapi apa yang aku boleh buat, bukannya aku boleh undur masa pun, melopong je lah. haha.
 
    Alhamdulillah, aku masih dapat kelas yang masih boleh dikira 'high class' (haha) iaitu kelas 3 RK 2. Walaupun turun kelas, aku akan berusaha selagi aku hidup ni untuk berjaya. Jyeahh! Itu baru namanya Haziq. haha. Barang sekolah aku dah beli. Tak banyak, sikit-sikit tu adelah. Beli banyak-banyak takut membazir. Ye tak? Lebih baik berjimat-cermat. (dengan nasihat aku ni. ;p)
Untuk batch 98, do your best in PMR 13'. fighting! haha.
 
Sekian entry pendek ni. Terima kasih kepada yang sudi membaca. Assalam ;)

*korang jangan masuk tandas pukul 11.59 malam ni. Nanti korang keluar tahun depan. Haha, just for laugh. Chill!

Saturday 22 December 2012

Resepi : Murtabak Maggi

Assalamualaikum. Harini aku nak bagi korang satu resepi mudah dan tersangatlah mudah. Kalau korang yang kebuntuan nak masak ape, masak je murtabak maggi. hehe.

Bahan-bahan :
2 biji telur
Satu peket maggi kari
Secubit garam
Sosej (ikut suka)
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara membuat :
1.  Ambil mi maggi dan rebus sehingga dia betul2 kenyal. Dah siap, toskan.
2.  Campurkan telur dengan garam, perencah maggi dengan sosej. Gaul gaul sambil joget-joget sikit.  hekhek.
3.  Dah gaul semua bahan, campurkan mi yang ditos tadi. Lepas tu gaul lagi sambil joget. haha Xp
4.  Panaskan minyak. Minyak dah panas, korang bolehlah masukkan maggi korang tu sikit-sikit sampai habis.
Siap!!! (gambar dari google. sorry. hehe)
Sampai sini dululah. Ade mase aku update lagi. Bubye, Assalamualaikum :)

Monday 10 December 2012

Sweet Memory ツ


Assalamualaikum, tak jawab dosa kalau jawab dapat pahala.
Gambar atas tu memang takkan aku lupa, InsyaAllah.  
Nanti dulu, ada lagi. Act, hari sabtu haritu kan birthday aku, takda apa-apa pun berlaku. Cuma dapat makan kepsi. Ok lah tu. hekhek.  
Ada lagi, kalau korang nak tahu, umur blog ni sebenarnya dah masuk setahun tau. Alhamdulillah. Pelbagai ranjau dan dugaan aku kongsi dekat blog ni. Haha! 
Aku rasa sampai sini dahulu entry pendek ni. Kalau ada jodoh kita jumpa lagi. Assalamualaikum. :)

Monday 3 December 2012

Kita Bertemu Lagi DISEMBER ツ

Hai Assalamualaikum. Korang sihat kan? Kalau tak sihat boleh makan ubat, minum ubat &macam-macam lagilah. Hahak. 
 
Harini takde nak buat ape-ape, lebih baik update blog. Takde story yang best pun bulan Disember ni, cuma ade hari istimewa dalam bulan ni.
Hari yang aku tak boleh tunggu adelah hari Sabtu minggu depan. Tak sabarnye! Sebenarnye Sabtu minggu depan merupekan hari aku dilahirkan, 8 Disember. Pade sape-sape yang nak wish bday aku dekat Facebook, boleh klik sini.  

Ade lagi peristiwe penting bulan Disember ni. 12/12/12 ni merupekan hari lahir ayah aku yang ke 52 tahun. Pade hari yang same jugak adelah hari perkahwinan ayah dan mak aku. Untungkan dapat kahwin mase birthday? Humm, kalau boleh aku pun nak jugak lah. *hehe, berangan. Stop sampai situ dulu, ade mase sambung lagi. Assalamualaikum :)